JABATAN REKA BENTUK & KOMUNIKASI VISUAL
Program : Reka Bentuk Grafik
APA ITU GRAFIK?
1.Proses komunikasi visual yang mengabung kanteks dan ilustrasi yang membentuk logo, grafik,risalah,poster, kulit buku, buletin dan lain-lain lagi.
2.Gambaran analogik ( bukan fatagrafi ) (2 D) untuk
sampaikan mesej tertentu kepada pemerhati.
3.gambaran visual yang meringkaskan maklumatatau idea
seperti kombinasi lukisan, perkataan,simbol dan gambar dalam satu hasil karya.
REKA BENTUK KORPORAT
1. Merupakan keperluan korporat seperti kepala
surat, logo,kad perniagaan, tanda nama yang merujuk kepada identiti sebuah
syarikat.
2.melambangkan perkhidmatan dan produk yang diperkenalkan oleh organisasi tersebut.
contoh:-
REKA BENTUK PAPAN
a)
Melibatkan reka bentuk papan tanda, sepanduk,
poster,risalah dan lain-lain.
b)
Bertujuan untuk mempertingkatkan promosi dan
jualan sesuatu produk yang ditawarkan
contoh:-
.REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN
a)
Bertujuan untuk melindungi dan memelihara
sesuatu produk
b)
Reka bentuk pembungkusan mementingkan kesesuaian
benda yang di lindung dengan baik.
contoh:-
LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES REKA BENTUK GRAFIK
1. Analisis Khalayak
Sebelum suatu rekabentuk grafik di hasilkan, pereka bentuk
perlulah membuat penyelidikan untuk mendapatkan
maklumat tentang rekabentuk
yang hendak dilaksanakan. Pereka perlulah mengetahui;
Siapa khalayak sasaran, dan apakah jangkaan mereka?
Ini dapat membantu pereka membangunkan konsep berdasarkan
khalayak yang disasarkan
Siapa pula klien yang mengkehendaki rekabentuk tersebut.?
2. Tentukan tujuan mesej
Adakah rekabentuk yang akan dibangunkan itu bertujuan untuk
memujuk khalayak membeli produk atau perkhidmatan atau sekadar untuk memberi
informasi atau menyampaikan kempen kesedaran ?
3. Kenal pasti dimana dan bila mesej akan dipersembahkan
Pereka haruslah menimbangkan beberapa perkara dianbaranya:
Berapakah bajet yang diperuntukkan dan berapa banyakkah
salinan diperlukan?
Bagaimanakah caranya projek tersebut akan diagihkan atau
dimedia manakah ianya akan dipaparkan?
Disamping itu pereka juga perlu menetapkan tarikh akhir
projek tersebut harus disiapkanatau bilakah klien mengkehendaki rekabentuk
tersebut di terbitkan .Ini amat penting kepada pereka untuk menyusun jadual
kerja.
4. Tetapkan matlamat
Bincangkan elemen apa yang diperlukan atau apakah konsep yang
dimahukan oleh klien. Bina beberapa lakaran kasar berupa thumbnail untuk
dibincangkan bersama dimana pereka dan klien boleh bertukar pandangan untuk
memantapkan rekabentuk. Berikan klien kebebasan untuk memutuskan warna , gambar
ataupun perkataan yang bersesuaian dengan konsep yang mereka inginkan.
5. Susun teks dan grafik serta elemen-elemen lain
Setelah klien berpuas hati serta memilih thumbnail yang
dikehendaki , barulah pereka boleh memulakan kerja-kerja mereka bentuk dengan
menggunakan aplikasi rekabentuk yang dimahiri. Segala teks dan grafik yang
telah dipersetujui oleh klien akan diedit, diolah dan disusun didalam aplikasi
grafik tersebut.
6. Pilih rupa taip, saiz taip dan jarak taip
Diantara aspek yang perlu diberi pertimbangan ialah saiz
taip, kepanjangan ruang dalam halaman, stail taip, leding, jarak dan format.
Misalnya dalam hal format, perkara yang diberi pertimbangan di sini adalah sama
ada format rata keliling (justified) atau format tidak rata keliling
(unjustified).
Format lain ialah sama ada sejajar kanan (flush right) atau
sejajar kin (flush left) dan format ketiga ialah tengah (centered). Ketiga-tiga
iniperlu digunakan mengikut kesesuaiansupaya berkesan. Pereka juga perlu
mengenal pasti empat perkara penting untuk dipertimbangkan dalam memilih taip
iaitu: kesenangan membaca, kesesuaian, harmoni atau rupa, dan penekanan
Disamping itu faktor kesesuaian taip juga yang berkaitan
dengan elemen psikologi, tahap khalayak dan keharmonian dengan elemen-elemen
lain juga harus diambilkira .
Elemen-elemennya termasuklah:
• Elemen Psikologi: Melibatkan mood, perasaan dan
personaliti pembaca.
• Tahap Khalayak: Merujuk kepada aspek usia dan aspek
psikologi mereka.
• Harmoni: Bahan rekabentuk yang ingin berkomunikasi dengan
baik mestilah dipersembahkan dengan cara yang baik, iaitu terdapat kaitan dan
kesesuaian antara satu elemen grafik dengan satu elemen grafik yang lain.
7. Tambah dan manipulasi grafik
Menambah atau mereka grafik yang dirasakan perlu atau
mengedit gambar yang bersesuaian dengan rekaan yang mahu dihasilkan menggunakan
perisian grafik yang dimahiri.
Pereka juga boleh melukis ilustrasi sekiranya merasakan
elemen tersebut penting serta bertepatan dengan konsep rekabentuk yang direka.
Misalnya adobe illustrator untuk melukis illusrasi berasaskan
vector grafik dan adobe photoshop untuk memanipulasi gambar foto.
8. Susun teks, grafik dan elemen-elemen lain
Pada peringkat ini Pereka akan mereka letak semua elemen
yang telah dikumpul untuk di susun dan diperkemas kinikan mengikut guide line
atau thumbnail yang telah dipersetujui .Kombinasi warna latarbelakang dengan
taip, visual , imej dan illustrasi perlu bersesuaian supaya mudah dibaca dan
difahami.
9. Baca pruf
Menyemak kembali semua ayat untuk memastikan tiada kesalahan
ejaan atau tatabahasa perkataan yang telah dipilih.
10. Perkemas
Akhir sekali sebelum rekabentuk grafik diserahkan kepada
klien untuk diterbit atau di cetak pereka haruslah mencetak salinan dulu untuk
melihat hasil keluarannya dan mengubah kembali apa yang dirasakan perlu atau
membuang apa yang dirasakan tidak perlu atau menokok tambah apa yang kurang.
Setelah berpuas hati maka rekaan tersebut bolehlah diserahkan untuk proses
penerbitan dan percetakkan.
No comments:
Post a Comment